HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Friday, July 15, 2011

Rangsangan Berkesan Lahir Anak Pintar

Bagi melahirkan anak bijak, anda perlu memulakan langkah pertama sejak dari awal lagi. Di awal trimester kehamilan, otak bayi sudah mula berkembang dan kemudiannya berterusan sehinggalah dia berusia dua tahun. Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang boleh anda lakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan. Antaranya ialah rangsangan bunyi (alunan muzik atau suara ibu), pergerakan, tekanan, getaran dan komunikasi antara ibu dan kandungan. Melalui teknik-teknik ini, bayi akan bertindak balas dengannya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan penglihatannya agar anak menjadi seorang yang bijak.

Sentuhan

Biasanya ibu hamil akan berhubungan dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan dirembeskan. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.
 
Muzik

Anda boleh gunakan muzik untuk merangsang kepintaran bayi. Ini kerana dia memang gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan. Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.
 
Kesimpulannya, apa jua jenis rangsangan yang digunakan, anda perlu mengetahui teknik rangsangan yang betul agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk menggalakkan bayi membesar dengan sihat dan dapat belajar banyak perkara sewaktu masih di dalam kandungan.
 
Tiga bulan pertama

Maklumat penting untuk anda! Sebaik-baiknya anda perlu memulakan rangsangan untuk mendapat anak yang bijak sewal kehamilan berusia tiga bulan lagi. Waktu ini dipercayai amat sesuai untuk bayi menerima rangsangan pertamanya.
 
Pada waktu ini, bayi seharusnya menerima orientasi ruang dan rangsangan sentuhan daripada anda. Dengan yang demikian, bayi dapat mengembangkan kemahiran penglihatan dan motornya pada tahap yang berbeza sepanjang tempoh kehamilan. Oleh kerana itulah, anda perlu merangsang bayi hanya setelah dia mengembangkan deria agar dapat bertindak balas sepenuhnya.

No comments: