Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :
■ Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
■ Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
■ Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
■ Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
■ Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
■ Berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
■ Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?
■ 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
■ 3-5 hidangan sayur dan buah
(sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
■ 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
■ 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
■ 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?
1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
■ Kalsium
(susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
■ Zat besi
(hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
■ Vitamin A
(hati, susu, telur)
■ Vitamin B Kompleks
( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
■ Vitamin C
(jambu, betik dan limau)
■ Asid Folik
(sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.
Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
1. 'Lactose intolerance'
■ Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
■ Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
■ Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
■ Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
2. Loya (Morning Sickness)
■ Makan pada waktu makan yang teratur.
■ Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
■ Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
■ Minum banyak air.
3. Sakit ulu hati (Heartburn)
■ Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
■ Kunyah makanan dengan perlahan.
■ Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
4. Sembelit (Constipation)
■ Minum banyak air.
■ Ambil makanan yang tinggi kandungan serat
(bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)
No comments:
Post a Comment