HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Thursday, July 21, 2011

Happy...Happy...Bezdayy To U....


hari 21 julai 2011... genaplaaa En. Hubby ke angka 30-an...hhehehehee...dah 30-an rupernyee En.Hubby ku cayangg nie...mmmm...apa2pong...yg pasti setiap kali 21 julai...mmg best coz bezdaynyeerr duo org skali guss...hehhheehee...Papa n anaknyoo, ADAM ZHARFAN.... Zharfan dah genap laa 5 tahunn utk kali nie nyerr bezdayy...actually mmg org pilih tarikh nie pong maso nok melahirkan ZHarfan tuu...heeehehehee...kira bagi adiah besaq ko En.Hubby...speciallll punyerr...yer laaa org kan bersalin ikot "tingkap"...so leh laa pilih tarikhnyoo...hhehehehee....


nie bezday boy kecik n yg kat atas tuu bezday boy besaq...hheheheehee...

"Happy Bezday to Both of U...n Mama sayang kamu berdua..."

Friday, July 15, 2011

Pergerakan Awal Bayi

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.

Trimester Pertama

Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.
 
Trimester Kedua

Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.
 
Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.
 
Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.
 
Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.

Rangsangan Berkesan Lahir Anak Pintar

Bagi melahirkan anak bijak, anda perlu memulakan langkah pertama sejak dari awal lagi. Di awal trimester kehamilan, otak bayi sudah mula berkembang dan kemudiannya berterusan sehinggalah dia berusia dua tahun. Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang boleh anda lakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan. Antaranya ialah rangsangan bunyi (alunan muzik atau suara ibu), pergerakan, tekanan, getaran dan komunikasi antara ibu dan kandungan. Melalui teknik-teknik ini, bayi akan bertindak balas dengannya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan penglihatannya agar anak menjadi seorang yang bijak.

Sentuhan

Biasanya ibu hamil akan berhubungan dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan dirembeskan. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.
 
Muzik

Anda boleh gunakan muzik untuk merangsang kepintaran bayi. Ini kerana dia memang gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan. Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.
 
Kesimpulannya, apa jua jenis rangsangan yang digunakan, anda perlu mengetahui teknik rangsangan yang betul agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk menggalakkan bayi membesar dengan sihat dan dapat belajar banyak perkara sewaktu masih di dalam kandungan.
 
Tiga bulan pertama

Maklumat penting untuk anda! Sebaik-baiknya anda perlu memulakan rangsangan untuk mendapat anak yang bijak sewal kehamilan berusia tiga bulan lagi. Waktu ini dipercayai amat sesuai untuk bayi menerima rangsangan pertamanya.
 
Pada waktu ini, bayi seharusnya menerima orientasi ruang dan rangsangan sentuhan daripada anda. Dengan yang demikian, bayi dapat mengembangkan kemahiran penglihatan dan motornya pada tahap yang berbeza sepanjang tempoh kehamilan. Oleh kerana itulah, anda perlu merangsang bayi hanya setelah dia mengembangkan deria agar dapat bertindak balas sepenuhnya.

Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?



Tujuannya ialah :

■ Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat

■ Untuk mengekalkan kesihatan ibu.

■ Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung

■ Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg

■ Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.

■ Berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.

■ Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.


Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?
■ 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti

■ 3-5 hidangan sayur dan buah
(sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)

■ 2-4 hidangan susu atau produk tenusu

■ 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang

■ 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.


Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :

■ Kalsium
(susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)

■ Zat besi
(hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)

■ Vitamin A
(hati, susu, telur)

■ Vitamin B Kompleks
( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)

■ Vitamin C
(jambu, betik dan limau)

■ Asid Folik
(sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).

2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.



Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?


1. 'Lactose intolerance'

■ Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa

■ Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)

■ Minum susu kacang soya dan produk kacang soya

■ Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.

2. Loya (Morning Sickness)

■ Makan pada waktu makan yang teratur.

■ Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.

■ Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.

■ Minum banyak air.

3. Sakit ulu hati (Heartburn)

■ Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.

■ Kunyah makanan dengan perlahan.

■ Elakkan berbaring sejurus selepas makan.

4. Sembelit (Constipation)

■ Minum banyak air.

■ Ambil makanan yang tinggi kandungan serat 
(bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)

Minggu Pertama Hingga Kelapan

Alhamdulillaahhh....setelah sekian lama menunggu untuk kehadirannya buat kali ketiga....dan akhirnya kami di beri satu berita yang cukup gembira dan bahagia....penantian yang ketiga ini sudah genap 5 tahun menanti dan berdoa.... KAmi bersyukur kehadrat Illahi di atas kurniaannya ini.... Dengan itu, org ado sedikit infomasi tentang perkembangan insan teristimewa di dalam rahim ku ini.....Insyaallaahhhh....



" Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim."

 

" Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium. "
 
" Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung. "

 

" Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung). "

 

" Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. "

 

" Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja. "

 

" Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan. "

 

" Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan. "


 " Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi. "