HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Sunday, October 16, 2011

Masalah Lemah Kawalan Kencing


Walaupun masalah lemah kawalan kencing merupakan masalah yang biasa, namun kita perlu tahu terdapat beberapa jenis masalah kawalan kencing ini. Dengan cara ini akan dapat membantu kita mengurus dan mengawalnya. Bukan sahaja wanita yang terlibat dalam hal ini, tetapi lelaki dan kanak-kanak tidak kira usia pun boleh mengalami pelbagai masalah pundi kencing.


Masalah ini mungkin tidak mengancam nyawa tetapi ia memberikan kesan negative terhadap gaya hidup seseorang wanita itu. Lemah kawalan kencing boleh menjejaskan segala aspek kehidupan seperti gangguan tidur, amal ibadah dan menghadkan aktiviti yang hendak dilakukan.


Selain itu juga, ia akan menyebabkan masalah keyakinan diri, masalah seksual dan masalah bersosial. Semua ini tidak sepatutnya menjadi halangan untuk menikmati kehidupan yang aktif dan sihat.

5 Jenis Masalah Lemah Kawalan Kencing

1. Jenis Tekanan @ Stress
2. Jenis Desakan
3. Jenis Campuran
4. Jenis Melimpah
5. Jenis disebabkan Penggunaan Ubat

4 Punca Lemah Kawalan Kencing

1. Tekanan semasa mengandung, kecederaan semasa melahirkan bayi atau penambahan berat badan.
2. Menopaus.
3. Kontraksi pundi kencing yang tidak menentu.
4. Batuk kronik yang berpanjangan, Parkison, strok, kecederaan saraf tunjang dan lain-lain.

5 Cara Mengatasinya

1. Kekalkan berat badan.
2. Amalkan senaman otot lantai pelvik.
3. Elakkan ke tandas jika tidak perlu kerana ia boleh menyebabkan pundi kencing hanya dapat menampung air kencing dalam kuantiti yang sedikit.
4. Elakkan sembelit kerana tekanan semasa meneran boleh merosakkan otot lantai pelvik.
5. Gunakan liner atau pad yang direka khas untuk masalah ini kerana ia boleh memberi perlindungan daripada kebocoran.


Rujukan ; Majalah NUR, Google

No comments: