PAPRIK AYAM
Bahan - bahan ;
300 gram Ayam (dipotong kecil)
2 cm Halia (dihiris)
3-4 Helai Daun Limau Purut
2 Batang Serai (diketuk)
Garam dan Gula Secukup Rasa
Sayur Untuk Dipotong ;
Bunga Kobis
Kacang Panjang
Lobak Merah
Putik Jagung
Bahan Untuk Ditumbuk ;
4 Biji Bawang Merah
3 Biji Bawang Putih
3 Biji Cili Merah
Cara - caranya ;
1. Basuh dan bersihkan ayam yang telah dipotong.
2. Rebuskan ayam bersama-sama halia dan secubit garam. Air rebusan tidak perlu terlalu banyak.
3. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga masak dan garing.
4. Masukkan ayam bersama-sama air rebusannya. Jika mahukan ia berkuah, bolehlah menambahkan air ke dalamnya.
5. Kacau sebentar dan tidak perlu terlalu lama kerana ayam sudah direbus.
6. Masukkan sayur-sayur yang telah dipotong bersama-sama daun limau purut dan serai.
7. Kacau dan biarkan sayur itu masak tetapi tidak perlu terlalu lama.
8. Setelah naik bau daun limau purut, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
* Selamat Menjamu Selera*
No comments:
Post a Comment