* Amalkan pengambilan karbohidrat yang ringkas. Anda juga boleh menggantikan beras biasa dengan beras perang atau jenis - jenis mi.
* Jangan makan nasi pada waktu malam. Gantikan menu yang selalu itu dengan ;
~ roti bakar bersama tuna
~ timun
~ salad
~ tomato
Boleh juga diminum bersama-sama dengan teh hijau ataupun dengan segelas susu. Percayalah, anda akan kenyang.
* Makan dalam kuantiti yang sama setiap kali waktu makan. Paling penting, makan pada waktu yang sama setiap hari.
* Makanlah empat jam sebelum masuk tidur. Pastikan menu yang diambil tinggi serat dan mempunyai sedikit sumber protein dan kurang lemak.
* Kurangkan pengambilan makanan manis dan gantikan gula dengan madu asli.
* Tidak perlu bercakap panjang tentang senaman. Dengan melakukan aktiviti kecergasan, anda akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan membakar lemak. Mulakan secara perlahan - lahan. Pilih aktiviti kecergasan yang anda suka. Apa saja aktiviti kecergasan, asalkan ia mengeluarkan peluh.
Rujukan ; Majalah RAPI, Google
2 comments:
berat badan.. arghhhhhh... :D
Ain ; sabar Ain sabar..tu yg kena cuba ikut tip yg d berikan tuu...Insyaalllaahhh berhasil laa lepas dok amalkannya selalu.. ;)
Post a Comment