Mendengar ajer ulam-ulaman pasti terliur rasanya. Tambah2 lagi bila perut pulak dokk tengah berkeroncong n menyanyi2 nak makan. Begitu hebat sungguh kuasa ulam-ulaman ini. Sebagai pembantu menyedapkan makanan, ulam-ulaman ini bukan ajer penyedap makanan tetapi yang paling penting ia meninggalkan khasiat yang tersendiri malahan ia cukup berbaloi-baloi untuk tubuh badan kita. Mari kita tengok jenis ulam-ulaman nie dan juga khasiatnya yang tersendiri untuk tubuh kita.
PETAI
Petai cukup digemari dan disukai oleh sesetengah penggemar ulam walaupun baunya yang kurang enak dan menyenangkan. Biarpun begitu, khasiatnya cukup berganda untuk tubuh kita. Bijinya digunakan untuk merawat kencing manis dan yang paling baik adalah untuk mengubati masalah hati. Walaupun bijinya yang paling meninggalkan bau, namun bijinya jugalah yang paling berkhasiat untuk tubuh. Bagi kanak-kanak, petai adalah paling sesuai untuk mengubati masalah kecacingan @ cacing. Petai juga dikatakan dapat mengurangkan penyerapan kolestrol oleh usus.
PEGAGA
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga Nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, pegaga kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga ini mempunyai zat makanan protein, kalsium, ferum (zat besi), vitamin C, karatenoid (provitamin A), gentian serta vitamin A. Antara khasiatnya ialah menyegarkan tubuh serta mampu merawat pitam dan menajamkan tumpuan ingatan. Pegaga juga mampu memulihkan masalah keguguran rambut serta melicinkan kulit dan mengatasi masalah jerawat. Ia juga melambatkan penuaan kulit. Pegaga juga dikatakan mampu menyembuhkan luka dan ulser serta menyembuhkan penyakit kusta dan melegakan suhu badan yang panas.
PUCUK PUTAT
Namanya mungkin sedikit janggal @ pelik namun daun putat @ pucuk putat cukup digemari oleh masyarakat kita. Rasanya yang cukup enak dan segar membuat makanan menjadi tambah enak dan berselera sekali. Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu iaitu putat hijau dan putat merah. Selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam. Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser.
Rujukan ; Majalah RAPI, Google
2 comments:
semua ulaman kat atas x reti den nak makan :(
Yna; awal2 mmg x biasa...tp bila dok mkn hari2...lama2 jd sedapp laa...cuba laa...x rugi tau..baik utk kesihatan tuuu.... ;)
Post a Comment