HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Sunday, October 16, 2011

Amalan-amalan Lahirkan Anak Soleh dan Solehah


Semua wanita ingin menjadi ibu dan melahirkan zuriat. Tetapi cabaran sebenar seorang ibu adalah bagaimana untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah. Prosesnya bukan selepas anak dilahirkan tetapi prosesnya adalah sejak sebelum hamil lagi.

Ketika hamil, seorang ibu itu haruslah menjaga adab bagi menetukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan nanti. Bagi mendapat anak yang soleh dan solehah, terdapat amalan-amalan yang digariskan Islam dan perlu diberi perhatian bukan sahaja oleh isteri bahkan suami juga bertanggungjawab mengamalkannya.


8 Surah Harus Dijadikan Amalan Bakal Ibu

  • Surah Al-Fatihah ~ Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
  •  
  • Surah Maryam ~ Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  •  
  • Surah Luqman ~ Untuk memperolehi anak yang cerdik akal fikiran dan cerdik jiwa.
  •  
  • Surah Yusuf ~ Untuk memperolehi anak yang cantik rupa parasnya dan cantik akhlaknya.
  •  
  • Surah Hujurat ~ Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati.
  •  
  • Surah Yaasin ~ Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada kemaksiatan.
  •  
  • Surah Taubah ~ Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  •  
  • Surah An-Nahl ~ Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.



Rujukan ; Majalah NUR, Google

1 comment:

YNA said...

baca entri nie pun sejuk je rasa hati :-)