HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Friday, October 14, 2011

Kongsi Bersama... Bahagian Tiga


DUDUK LAMA MATI AWAL

Hanya tiga jam sahaja! Itulah masa yang sesuai untuk anda duduk secara berterusan di bangku pejabat. Kajian menunjukkan 37 % wanita yang meluangkan masa selama 6 jam sehari dengan duduk di bangku kerusi tanpa bangun dan berjalan atau melakukan tugasan lain akan mati awal pada usia yang muda berbanding dengan wanita yang duduk kurang daripada 5 jam sehari.



BERJALAN KURANGKAN KOLESTROL

Kolestrol yang tinggi dalam badan mampu mengundang pelbagai penyakit kardiovaskular yang merbahaya seperti serangan jantung, darah tinggi dan strok. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Northwestern yang diterbitkan dalam Jurnal Internal Medicine menyatakan golongan lelaki dan wanita yang kerap berjalan sebagai salah satu senaman ringkas pada setiap hujung minggu mampu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan secara berterusan.


Rujukan ; Majalah iSIHAT, Google

No comments: