HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Thursday, October 13, 2011

Detik Nan Ajaib Bersama...15 - 20 Minggu


Minggu Ke - 15

~ Si dia boleh menguatkan cengkaman tangan serta menghisap ibu jari dan membuat genggaman. Kelopak mata masih tertutup dan tetap begitu sehingga kira-kira minggu ke-26. Walaupun demikian dia boleh mengesan perubahan cahaya. Dia juga boleh menelan.




Minggu Ke - 16

~ Bahan (rerambut)yang dikenali sebagai "lanugo" mula tersebar di seluruh anggota badannya bagi melindungi seluruh badannya dan mengekalkan suhu yang betul. Biasanya ia akan hilang sebelum kelahiran walaupun ada yang akan hilang selepas beberapa minggu lahir. Tulangnya mula hendak mengeras dan dia mula boleh mendengar beberapa bunyi untuk pertama kalinya.

Minggu Ke - 17

~ Rambut, bulu kening dan bulu mata mula tumbuh. Garisan pada kulit hujung jarinya sudah mula terbentuk. Dia sudah mempunyai cap jari tersendiri yang unik. Kini panjang janin kira-kira 16cm / 6 1/4 inci, lebih kurang panjang sebatang pensil.

Minggu Ke - 18

~ Walaupun matanya masih tertutup, janin kini amat peka kepada cahaya lampu menerusi dinding rahim ibunya. Dia boleh mendengar degupan jantung ibunya dan mula menyediakan lemak yang akan membantunya sentiasa hangat ketika dia dilahirkan nanti.

Minggu Ke - 19

~ Janin kini mula menghasilkan cecair likat berwarna putih dan berkrim yang membaluti seluruh badannya. Ia dikenali sebagai "vernix" dan melindungi kulit daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi dia tidak akan lahir dalam keadaan basah kuyup seolah-olah menghabiskan masa sembilan bulan dengan mandi.



Minggu Ke 20

~ Dia membesar dalam kadar yang amat hebat beberapa minggu lepas tetapi kini tumbesarannya agak perlahan bagi membenarkan paru-paru, sistem penghadaman dan sistem imunnya matang. Janin kini mempunyai panjang kira-kira 25cm / 10 1/4 inci dan berat 12 aun / 340 gram.

Rujukan ; Majalah Pa&Ma, Google


No comments: