HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Thursday, October 13, 2011

Kongsi Bersama...

Tahukah kita bahawa...

* Manusia memiliki kira-kira 10,000 deria rasa dan tidak kesemuanya bergantung di lidah sahaja. Ada juga yang berada di bawah lapisan kulit pipi, ada di bawah mulut dan ada juga di permukaan bibir. Oleh itu, jagalah kesihatan mulut kita agar nikmat ini tidak hilang.

* Membasuh, menyeterika baju dan memasak dikatakan aktiviti mudah yang mampu menambahkan usia kita. Itu mungkin faktor mengapa lebih ramai wanita hidup lebih lama daripada lelaki.

* Secara puratanya keseluruhan tubuh manusia diliputi kira-kira 14-18 kaki persegi kulit. Kebanyakkan partikel halus di rumah kita adalah dari sel kulit mati yang tertanggal setiap hari. Itulah juga di antara sebab mengapa kita tidak disarankan untuk memakai baju sama tanpa dibasuh berulang kali. Sel kulit mati yang bercampur dengan kulit baru akan menjadikan tona kulit tidak sekata dan gelap.


* Kuasa ciuman mampu menggerakkan 30 otot wajah. Senaman mudah ini mampu membantu mengekalkan keanjalan kulit wajah!

* Jangan berasa malu untuk kentut kerana secara puratanya kita akan kentut kira-kira 13 kali sehari dan ini termasuklah wanita. Kentut membantu mengeluarkan angin dalam badan.

* Lakukan bangkit tubi setiap hari pada awal pagi kerana ia mampu membantu mengurangkan risiko sakit bahagian bawah badan sebanyak 75%.

* Silangkan kaki berselang seli antara kiri dan kanan jika terpaksa duduk untuk tempoh yang lama. Cara ini akan membantu kita menggerakkan otot pinggul dan belakang tubuh untuk mengurangkan rasa lenguh.


* Ahli terapi warna berpendapat bahawa rona biru itu mampu mencipta rasa damai, tenang dan memudahkan tidur. Warna ini juga dapat membantu melawan ketenangan, asma, gementar dan menurunkan tekanan darah.

* Hormon Testosteron lelaki akan menurun 25% menjelang petang. Jadi jika anda mahu berusaha untuk mendapatkan zuriat, waktu awal pagi adalah paling sesuai untuk bersama. Insyaallah...


Rujukan ; Majalah RAPI, Google

No comments: