HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Thursday, October 20, 2011

BERTENGKAR Eratkan SUAMI ISTERI...



Pertengkaran adalah proses menyatakan ketidakpuasan hati dan juga membolehkan kita untuk meluahkan segalanya yang terbuku di hati. Dan proses ini tentulah lebih baik daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Tetapi hati-hati, jangan bertengkar semata-mata untuk membalas dendam atau mahu menegakkan benang yang basah.


Pertengkaran dianggap petanda awal dalam perkahwinan yang menunjukkan suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Dua insan yang berlainan jantina yang selama ini hidup secara berasingan, dalam rumah yang berbeza dan budaya hidup pun berbeza tetapi kini telah disatukan dalam alam perkahwinan.


Maka bukan senang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Dan tidak dapat tidak, berlakulah perselisihan, pertengkaran dan perbalahan yang mungkin selepas itu dapat mengeratkan lagi dua insan ini.

Bertengkar ada ETIKA dan PERATURAN yang harus dipatuhi. Panduan-panduan berikut mungkin dapat membantu ;


1. Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangang masing-masing.

2. Jangan bertindak ganas semasa bertengkar.

3. Jangan gunakan kata-kata kesat yang boleh menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

4. Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana itu boleh memburukkan keadaan.

5. Elakkan diri keluar rumah selepas bertengkar.

6. Jangan biarkan pihak ketiga seperti mertua, ipar duai atau adik beradik terbabit dalam pertengkaran itu.

7. Apabila bertengkar, cubalah elakkan menyakitkan hati pasangan dengan menyebut hal-hal yang berkaitan dengan keluarganya.

8. Jangan bertengkar di depan anak kerana ini menjadikan anak bingung atau tertekan.

9. Jangan mengungkit kisah lama yang barangkali anda berdua pernah berjanji untuk melupakannya.

10. Selepas bertengkar dan hati masing-masing sudah sejuk, maka bermaaf-maafanlah sesama suami isteri.







Rujukan ; Majalah NUR, Google

No comments: