HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Friday, October 14, 2011

Metabolisme Ketika Hamil


" Setiap wanita yang mengandung akan mengalami peningkatan kadar metabolisme. Hal ini penting dalam proses perkembangan janin. Peningkatan kadar metabolisme yang berlaku dalam diri si ibu akan menghasilkan pelbagai jenis perubahan. Ini termasuklah perubahan daripada segi berat badan, kadar pernafasan dan jumlah kadar denyutan jantung yang dihasilkan. Maka, kesemua ini perlu dipantau secara rutin. "


Purata kenaikan berat badan semasa mengandung ialah 12.5kg. Walau bagaimanapun, berat badan si ibu boleh meningkat di antara 5 kg hingga 17 kg. Selepas 12 minggu kehamilan, purata kenaikan berat badan ialah lebih kurang 0.4 kg seminggu. Si ibu dinasihatkan agar mengawal kenaikan berat badan pada tahap minimum semasa janin berkembang dalam usaha untuk mengurangkan tekanan pada sendi dan sistem kardiovaskular ibu.


Semasa mengandung, purata kadar metabolisme badan meningkat sehingga 25%. Kenaikan metabolisme badan ini berlaku bagi memastikan kadar metabolisme janin dan tisu-tisu sokongan adalah normal. Dalam pada itu, keperluan kalori turut meningkat. Jadi, selera makan si ibu akan bertambah dari sehari ke sehari sepanjang tempoh kehamilan ini.


Semasa pemeriksaan antenatal yang pertama, jantung si ibu dan janin akan diperiksa. Lazimnya, kadar denyutan jantung wanita akan meningkat sehingga 40 % semasa mengandung. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar denyutan nadi dan peningkatan kecil jumlah darah yang dipamkan pada setiap kontraksi jantung. Perubahan ini berlaku pada 20 minggu pertama mengandung dan akan mula mendatar pada 20 minggu terakhir.


Rujukan ; Majalah Pa&Ma, Google

3 comments:

Amni said...

hee. kalau fikir mengandung, ada anak.. tiba2 nervous... =p

YNA said...

yna suka tgk pempuan pregnant.. diorang nmpk sgt2 chumil :)

ZiraZin said...

Amni ; heheehee...takut tp campur suka...x sabar rasanya nk tgk baby yg d kandung 9 bulan kini dh ada depan mata...Subhanaallahhh...

Yna ; mmg org2 preggy nie nmpk cute sgt tambah2 bila perut dh makin membesar nnt... ;))