HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Monday, October 17, 2011

Memilih Losyen Yang Sensuai...


~ Bacalah labelnya terlebih dahulu. Produk yang berlainan mempunyai ramuan yang berbeza. Perlu diingatkan, usah membeli losyen yang tidak sesuai untuk mengelakkan daripada risiko alahan. Sebaiknya, pilihlah produk yang sudah dikategorikan sebagai pelembap.

~ Kenali kulit kita. Walaupun ada losyen yang dirumus untuk semua jenis kulit, akan tetapi ada losyen yang telah dicipta khusus untuk kulit normal, kering dan terlalu kering. Pilihlah losyen yang sesuai dengan kulit kita untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

~ Ketahui keperluan kita. Apakah kita perlukan losyen untuk pelembapan harian ? Atau kita perlukan losyen yang turut memberikan perlindungan terhadap kesan regangan juga ? Ada beratus-ratus pelembap di pasaran dan sudah diuji untuk tidak memberikan reaksi yang tidak baik pada kulit.

~ Lihatlah keperluan kulit kita juga. Jika kita mempunyai kulit yang terlampau sensitif, pilihlah losyen jenis 'noncomedogenic'. Ia bermaksud losyen itu sudah dibuktikan dan diuji untuk tidak menyebabkan reaksi jerawat pada kulit.

~ Lihat gaya hidup kita. Jika kita seorang yang suka berada di luar sepanjang hari, kita perlukan losyen yang mempunyai perlindungan terhadap sinaran ultra ungu untuk mengurangkan kedutan dan kulit kering.


Rujukan ; Majalah RAPI, Google

No comments: