HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Monday, October 17, 2011

JERAWATTT...!!!


Jerawat memang membuatkan kita hilang 'mood'. Hendak bersolek, malas. Hendak berbual, malas. Apatah lagi kalau hendak ketawa dan bergurau senda. Keadaan akan menjadi lebih teruk kalau ada pula mulut-mulut gatal yang mengeluarkan soalan-soalan 'panas' yang hanya akan memanaskan hati mereka yang sedang diserang jerawat.

RAWATAN SEMULAJADI MASALAH JERAWAT

Selain rawatan moden, ada beberapa cara semulajadi yang diakui berkesan untuk membantu mengurangkan masalah jerawat. Cara ini mudah sahaja dan boleh kita lakukan di mana-mana sahaja khususnya di rumah sendiri.


JANGAN PICIT JERAWAT DENGAN TANGAN

Menggunakan tangan untuk memicit jerawat adalah kesalahan terbesar yang pernah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Memicit jerawat dengan tangan akan menyebarkan bakteria ini tersebar ke bahagian sekitar jerawat. Selain itu, memicit jerawat juga akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan memakan masa yang lebih lama untuk proses penyembuhanannya.


AMALKAN MEMAKAI MASKER TIMUN

Timun sering digunakan sebagai masker untuk menghilangkan jerawat. Jika mahu, parutlah timun yang sudah dicuci bersih. Kemudian gunakan sebagai pupur pada wajah yang berjerawat. Biarkan selama satu jam sebelum ia dibersihkan. Lakukan dua kali sehari dan anda akan melihat hasilnya yang luar biasa pada kulit.


MINUM AIR YANG CUKUP

Banyak orang memberitahu yang mereka tidak suka minum walaupun mereka tahu kepentingan air pada kesihatan. Air merupakan pembersih semulajadi yang membantu tubuh membuang racun dan sisa metabolisme tubuh. Minum air yang cukup akan membuat kulit bebas dari racun dan sisa metabolisme yang boleh menyebabkan terjadinya jerawat. Selain itu, sistem tubuh secara keseluruhan juga akan semakin baik dan lancar jika kita minum air yang mencukupi. Sebagai cadangan, minumlah air sekurang-kurangnya dua liter setiap hari.




Rujukan ; Majalah RAPI, Google

1 comment:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

i love pimples :-)

sebab ianya hanya tumbuh dimuka org yg lawa sahaja, ahaha (ayat nak sejukkan hati)