HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Sunday, October 16, 2011

Resipi Hari Ini... Gulai Tempoyak Ikan Patin


GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

Bahan bahannya ;

2 Ekor Ikan Patin
3 Sudu Makan Tempoyak
6 Keping Asam Keping
1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
7 Biji Cili Padi (ditumbuk)
1 Liter Air
2 Batang Bunga Kantan (dibelah dua)
Segenggam Daun Kesum
Garam dan Gula Secukup Rasa



Cara - caranya ;

1. Masukkan tempoyak, cili padi yang telah ditumbuk dan kunyit  bersama-sama air.
2. Panaskan di atas dapur sambil kacau perlahan-lahan.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan patin yang telah dibersihkan dan dipotong.
4. Kacau perlahan dan masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
5. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan mendidih seketika sehingga ikan patin masak.
7. Setelah masak bolehlah dihidangan bersama nasi putih.


*Selamat Menjamu Selera*

Rujukan ; Masakan Bonda, Google

No comments: