HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Tuesday, October 18, 2011

FIBROID Sebarkan Kompilasi Ketika Hamil

Ketumbuhan atau FIBROID lumrah bagi wanita. Namun ia bukanlah penyebab kanser. Ia tidak berbahaya namun FIBROID merupakan sejenis tumor yang membesar dari otot tisu dalam rahim.

Kedudukannya boleh dikesan di luar atau di antara dinding rahim malah di dalam rongga rahim. Saiznya pula dari sekecil biji kacang sehingga sebesar bola keranjang.

Sekiranya FIBROID atau gugusan FIBROID ini membesar di luar dinding rahim, ia boleh menyebabkan rahim berada dalam kedudukan tidak normal. Ia juga boleh memberi tekanan kepada pundi kencing dan usus lalu mengakibatkan kejadian kerap kencing, sakit pada bahagian pelviks, sakit belakang atau sembelit. FIBROID juga boleh menyebabkan pengeluaran darah haid yang banyak.

Kehadiran FIBROID boleh mengganggu kesuburan wanita malah secara tidak langsung ia menyebabkan komplikasi sewaktu hamil. Misalnya, FIBROID yang membesar akan menghalang bukaan rahim. Akibatnya wanita hamil terpaksa melalui proses pembedahan untuk mengeluarkan bayinya.

FAKTOR LAIN YANG BERKAITAN DENGAN FIBROID

1. SEJARAH KELUARGA

Genetik keluarga yang pernah disahkan mempuyai FIBROID membolehkan kita juga berisiko untuk mengalaminya. Sekiranya nenek, ibu atau kakak kita pernah mempunyai FIBROID, kita juga berpeluang untuk mengalaminya.

2. UMUR

FIBROID biasanya dialami oleh wanita dalam usia 30-an. Namun dalam kajian yang dijalankan di luar negara, wanita Afrika-Amerika mengalaminya dalam usia yang lebih awal dari 30-an. Biasanya, FIBROID akan mengecut apabila wanita itu telah melalui proses menopaus.

3. BERAT BADAN

Sesetengah kajian yang dijalankan menyatakan obesiti memainkan peranan penting dalam tumbesaran FIBROID.

4. PARAS HORMON

Tumbesaran FIBROID banyak dipengaruhi oleh hormon estrogen atau progestreron atau kedua-duanya sekali. Sesetengah kajian mendapati FIBROID akan jadi mengecil apabila paras estrogen semakin berkurangan (iaitu apabila menghampiri saat menopaus).

5. GAYA HIDUP

Sesetengah kajian menunjukkan senaman dan pengambilan makanan yang seimbang boleh mengurangkan risiko FIBROID. Kajian juga menunjukkan pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko mengalami FIBROID.



 
Rujukan ; Majalah Mingguan WANITA

1 comment:

Amni said...

guna bio sanitary pad,.. insha allah, boleh kecikkan.. so tak perlu buang pun tak pe.. sebab tak mengganggu..=)