HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Thursday, October 13, 2011

Resipi Hari Ini...Kerabu Perut Jantung Pisang


KERABU PERUT JANTUNG PISANG

Bahan - bahan ;

1 Biji Jantung Pisang (dihiris halus)
300 gram Perut Lembu


40 gram Udang Kering
4 Biji Cili Merah (dihiris)
6 Biji Cili Padi (dihiris)
200 ml Pati Santan
2 Biji Limau Nipis
4 Ulas Bawang Merah (dihiris)
1 Kuntum Bunga Kantan (dihiris)
1 Sudu Makan Kerisik
Garam dan Gula Secukup Rasa



Cara - caranya ;

1. Rebus perut lembu sehingga empuk dan dihiris halus atau kecil. Kemudian diketepikan dahulu.
2. Celur jantung pisang kemudian disejatkan.
3. Rendam udang kering lebih kurang 10 minit kemudian dikisar atau ditumbuk.
4. Gaulkan bahan-bahan yang dihiris tadi seperti cili merah, cili padi, bawang merah dan bunga kantan bersama-sama kerisik.
5. Masukkan perahan limau nipis dan gaulkan bersama-sama.
6. Satukan semuanya bersama-sama dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Gaul rata dan hidangkan

* Selamat Menjamu Selera*


Rujukan ; Google, Resipi From Angah

2 comments:

misya said...

dah lama cari resepi ni,tq

ZiraZin said...

Misya ; sama2...nnt kalu dh buat n menjadi, jgn lupa buat n3nya nnt yer...ngan gmbrnya skali...hehehe