HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Friday, October 14, 2011

Resipi Hari Ini...Lepat Pisang


LEPAT PISANG

Bahan - bahan ;

10 Biji Pisang Emas
300 gram Tepung Gandum
1/2 Cawan Pati Santan
250 gram Gula Melaka
3 Cawan Air
1/2 Biji Kelapa Parut
Daun Pisang


Cara - Caranya ;

1. Kisar pisang tetapi jangan terlalu halus @ hancur.
2. Masukkan tepung gandum dan pati santan.
3. Masak gula melaka bersama air hingga mendidih kemudian tapiskan dan sejukkan seketika.
4. Tuangkan air gula melaka tadi ke dalam adunan pisang yang telah dikisar kemudian kacau sehingga sebati.
5. Sediakan daun pisang lebih kurang 6 x 6 cm setiap satu.
6. Letakkan sesudu makan adunan pisang tadi dan masukkan kelapa parut di dalamnya dan tutup dengan sedikit adunan pisang lagi.
7. Bungkus dengan cermat dan kukus ia selama lebih kurang 20 minit.
8. Setelah siap dikukus, bolehlah disejukkan dan dihidang.


*Selamat Menjamu Selera*


Rujukan ; Google, Resipi Dari Angah

No comments: