HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Wednesday, October 5, 2011

Asid Folik @ Folat

Apa itu Asid Folik @ Folat ?

Asid Folik @ Folat adalah nutrien penting untuk tumbesaran fetus, membantu dalam pembentukan dan perkembangan anak yang normal. Ia juga adalah vitamin B yang membantu tiub saraf anak kandungan iaitu bahagian embrio yang menjadi otak dan tulang belakang untuk berkembang dengan baik. Oleh itu adalah penting untuk mula mengambil Asid Folik @ Folat sebelum hamil dan terus mengambilnya hingga bulan ke - 3 kehamilan apabila tiub saraf sedang berkembangan untuk mengelakkan daripada berlakunya KECACATAN pada tulang belakang dan tengkorak.


Jika merancang untuk hamil, kita perlu cuba mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang untuk meningkatkan peluang mengandungkan anak yang sihat. Makan beberapa hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari.


Antara makanan yang kaya dengan folat termasuklah sayur-sayuran hijau berdaun (bayam), sayuran hijau (brokoli, asparagus, kacang pea), kacang ginjal, jus oren dan buah-buahan sitrus lain, kacang tanah dan produk gandum penuh yang diperkaya.



p/s : Gambar dan info Ihsan dari Anmum dan En. Google


No comments: