HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Friday, October 7, 2011

Apa Yang Perlu Dan Jangan Dibuat...

"Alamak..!! Dah tak muat laa...cam ner nie..!!!"
"Mmmm...nape nie..?? Dah kembang semacam dh kaki nie...dah tak muat dah..."
"Ishh...ishhh....x selesanyer...ketat laa...adusss susahnyer nk bernafas..."

Hah macam tuu la situasi yang akan dan bakal dialami oleh sesetengah bakal2 ibu yg hamil...biasanyer masalah ini tertumpu pada baju, seluar, kasut dan pakaian dalam. Oleh yang demikian nie ada sikit tip untuk semua bakal2 ibu...

PERLU DIBUAT ;

Pakaian Dalam : Perlu mencari saiz yang lebih besar dan juga perlu mengukur saiz untuk mendapatkan baju dalam bila sudah mencecah 7 bulan ke atas.

Seluar : Perlu mencari seluar mengandung yang elastik, bersarung atau seluar yang selesa untuk dipakai. Seluar mengandung biasanya terdapat butang yang boleh diubah saiznya.

Baju : Perlu memakai pakaian yang selesa dan longgar. Untuk tampil lebih bergaya, blaus panjang atau tunik sesuai kerna dapat menutup bahagian perut yang semakin membesar.

Kasut : Perlu memakai kasut yang selesa dan tidak ketat sebab pada trimester ketiga, mungkin kita akan mengalami rasa sakit atau lenguh pada bahagian kaki dan pergelangan kaki atau mungkin juga membengkak. Perlu memakai kasut yang bertapak getah dan selesa dan jangan atau elakkan memakai kasut tumit tinggi.

JANGAN DIBUAT ;

Bertukang Di Rumah : Jangan memanjat, menukul atau menukar mentol sendirian tetapi lebih baik meminta tolong suami untuk melakukannya kerana takut nanti akan memudaratkan kandungan.

Mengangkat Atau Mengalih Benda Berat : Jangan sesekali melakukan aktiviti mengangkat atau mengalihkan benda berat kerana ia akan meningkatkan tekanan pada tulang belakang dan juga mungkin akan mengakibatkan kecederaan pada tulang belakang.

p/s ; Terima kasih Anmum dan En. Google

No comments: