HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Friday, October 14, 2011

Resipi Hari Ini... Bingka Keladi



BINGKA KELADI

Bahan - bahannya ;

3 Ketul Keladi Saiz Sedang ( direbus dan dilecek)
2 Senduk Tepung Gandum
1 Mangkuk Pati Santan
1 Mangkuk Kelapa Parut
1 Mangkuk Gula Pasir ( ikut citarasa)
Garam Secukup Rasa



Cara - caranya ;

1. Gaulkan keladi yang dilecek bersama-sama kelapa parut dan tepung gandum.
2. Setelah adunan rata dan sebati, masukkan gula dan garam. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan pati santan.
4. Kacau rata sehingga adunan ini nampak pekat.
5. Setelah adunan sebati, tuangkan ke dalam bekas acuan yang dikehendaki dan bakar sehingga masak.
6. Setelah masak, biarkan ia sejuk kemudian potong dan hidang.


* Selamat Menjamu Selera*


Rujukan ; Resipi Dari Angah, Google

No comments: