HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Tuesday, October 11, 2011

Bijak Dan Jimat...


Setiap orang pasti pernah terfikir tentang "Bagaimana nak berjimat dan menabung dalam suasana gaya hidup sekarang...?" Ok, nie ada sikit info yang org nak kongsikan bersama2 dan mungkin ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam proses kita berjimat kerana kita cuma perlu BIJAK berfikir dan mengatur segalanya dgn terancang...Insyaallaahhh

1. Masak dan makan di rumah ; bagi wanita bekerluarga, memasak di rumah adalah yg terbaik selain berjimat, kita juga menjaga kesihatan keluarga kerana banyak makanan luar disediakan dengan perasa dan perisa tambahan.

2. Makanan Ringan ; jauhi istilah makanan ringan kerana selain menjaga kesihatan, kita juga boleh berjimat tanpa makanan ini. Kita boleh gantikan makanan ini dgn biskut ataupun buah-buahan.

3. Kurangkan Makanan Segera ; selain mengandungi pelbagai perasa, pewarna, unsur kolestrol dan lemak berlebihan, makanan segera ini juga harganya jauh lebih mahal daripada restoran biasa. Jadi dengan mengurangkan pengambilan makanan segera, kita juga menjaga kesihatan diri.

4. Sayur - sayuran ; jangan kata tidak pada perkarayang anda belum lakukan. Walaupun tidak mempunyai tanah, kita boleh menanam dalam pasu seperti cili, daun pandan, daun kesumdan sebagainya. Memang ia nampak kecil sahaja namum bila dihitung, kita telah berjaya menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

5. Keperluan atau Kemahuan ; jika berkenan dengan sesuatu barang atau produk namun harganya mahal pula, apa kata kita buat pertimbangan yang bijak sebelum membelinya. Fikirkan samada ianya berbaloi dengan keperluan dan wang kita atau pun ianya hanyalah kemahuan kita. Beli mengikut keperluan dan kemampuan kita sahaja.

6. Gosok Pakaian ; kumpul dan gosok pakaian dalam jumlah yang banyak bagi satu-satu masa kerana pembaziran elektrik berlaku setiap kali seterika digunakan untuk menggosok beberapa helai pakaian. Gosok pakaian atau fabrik yang memerlukan suhu rendah dahulu bagi mengurangkan masa pemanasan.

7. Aksesori ; untuk aksesori seperti jam tangan, sunglasses, telefon bimbit ada di antara kita yang mementingkan jenama tetapi tidak salah untuk memilih asalkan ia berkualiti. Apa yang penting jangan membeli kerap kali pula kerana takut nanti lari budget pula. Jangan membuang wang semata-mata untuk aksesori yang tidak penting.

8. Pakaian ; sesekali gunakanlah pepatah " ukur baju di badan sendiri " kerana kalau taksub bergaya pun janganlah sampai poket kosong. Berpada-padalah, tidak semestinya pakaian yang cantik di pandang itu akan 'masuk' dengan kita. Apa yang penting ialah memilih pakaian yang mengikut syarak, selesa dan tidak mahal harganya.

No comments: