HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Wednesday, October 12, 2011

Kongsi Bersama...


Cili Padi Anti Serangan Jantung

Kata org "kecik-kecik cili padi"...perumpamaan tersebut membuktikan reputasi yang dimiliki cili padi yang cukup unggul dengan rasa pedasnya serta manfaatnya sebagai penawar. Cili padi boleh digunakan untuk mengubati sakit gigi, melancarkan pencernaan dan urin serta mengeluarkan batu ginjal. Terbaru cili padi dipercayai berupaya melancarkan pengaliran darah dan meredakan pembengkakkan yang terjadi pada salur darah vena (berbeza dengan salur darah arteri yang lebih lebar). Bukan itu sahaja, cili padi juga mampu mencegah pembekuan darah kerana bersifat antikoagulan. Atas alasan itu, cili padi mampu untuk mencegah serangan jantung.



Kacang Hijau Sembuhkan Demam

Tidak seperti sayur lain yang makin lama direbus khasiatnya akan berkurangan, kacang hijau tidak dipengaruhi oleh panas. Mengandungi 22.2 gram protien, 1.2 gram lemak dan vitamin A, BI, I, I57 IU, mineral fosforus, zat besi dan mangan. Kacang hijau berupaya mencegah beri-beri, radang ginjal, melancarkan pencernaan, tekanan darah tinggi, keracunan alkohol, pestisid, menguatkan fungsi limpa dan paru-paru, impotensi, jerawat dan mengatasi noda hitam pada wajah. Namun yang paling penting, berdasarkan kajian, kacang hijau adalah penurun demam terbaik jika dibandingkan dengan ramuan tradiosional yang lain. Caranya, berikan saja air rebusan kacang hijau yang dicampurkan dengan sesudu madu kepada anak anda.



Peria Katak Ubati Penyakit Kulit

Nama saintifiknya Momordica Charantia merupakan salah satu herba dalam perubatan tradisional Cina bagi merawat asma dan masalah haid yang lewat. Di samping itu, peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Selain itu, peria juga digunakan untuk merawat penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan HIV seperti artritis dan opportunistic infections, misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit.


Rujukan ; Majalah iSIHAT, Google

2 comments:

misya said...

baru tahu,hehehe

Unknown said...

Misya, mana yg org tau...kita kongsikan bersama2...x rugi pong kalu kongsi...hehehee