HanyaDCNie

Menceritakan Segala-galanya tentang aku, dia, kamu, kami, mereka dan siapa sahaja. Dan HanyaDCNie...

Thursday, October 13, 2011

Resipi Hari Ini...IKAN PARI


ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan ;

1600g Ikan Pari (dipotong enam)
1 Tangkai Bunga Kantan (dibelah dua)
2 Tangkai Daun Kesum
1 Sudu Teh Garam
1 Sudu Teh Gula
30g Asam Jawa (dicampur dgn 1 Liter Air)



Bahan Untuk Ditumbuk @ Dikisar ;

6 Biji Cili Merah
3 Biji Cili Kering
1cm Kunyit Hidup
1 Sudu Makan Serai (dihiris)
4 Hiris Lengkuas
6 Biji Bawang Putih
1 Biji Bawang Merah
1 Sudu Teh Ketumbar
1/2 Sudu Makan Belacan



Cara-caranya ;

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk @ dikisar tadi.
2. Masukkan ikan pari yang telah dibersihkan dan masak sehingga kecut selama 2-3 minit.
3. Masukkan bunga kantan yang telah dibelah dua bersama-sama daun kesum.
4. Campurkan air asam jawa dan biarkan ia sehingga mendidih.
5. Masukkan bahan-bahan perasa dan hidangkan bersama-sama bunga kantan yang dihiris halus.

* Selamat Menjamu Selera*

2 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

yna lagi suka makan ikan pari bakar :)

Unknown said...

Yna, mmg sedap mkn ikan pari bakar cicah air asamm...mmmm...sedapppnyerrr...!!!